Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    150 pelajar Pusat Ehsan diraikan

    Oleh Pg Fairol RMF

    Gambar oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Lebih 150 orang pelajar istimewa Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) disajikan hidangan tengah hari di restoran terkemuka Emperor’s Court, Hua Ho Manggis Mall, di sini, hari ini.

    Majlis makan tengah hari berkenaan dihoskan oleh Restoran Emperor’s Court sebagai tanda beramal sambil meraikan ulang tahun ke-25 restoran berkenaan.

    Di samping makan tengah hari, Emperor’s Court turut menghulurkan sumbangan sebanyak $1,000 kepada Pusat Ehsan, yang mana cek sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Emperor’s Court, Yi Biyi kepada Pemegang Amanah Dasar dan Perancangan Pusat Ehsan, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman.

    Yi Biyi mewakili Restoran Emperor’s Court menyampaikan cek sumbangan kepada Haji Ahmad.
    Yi Biyi mewakili Restoran Emperor’s Court menyampaikan cek sumbangan kepada Haji Ahmad.
    Para pelajar Pusat Ehsan semasa majlis makan tengah hari di Restoran Emperor’s Court, Hua Ho Manggis Mall.
    Para pelajar Pusat Ehsan semasa majlis makan tengah hari di Restoran Emperor’s Court, Hua Ho Manggis Mall.

    Haji Ahmad semasa berucap telah menyampaikan rasa penghargaan kepada Emperor’s Court atas sumbangan dari segi makanan istimewa dan sumbangan cek kepada Pusat Ehsan dan diharap akan sentiasa memberi sokongan untuk memajukan pusat berkenaan.

    Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Emperor’s Court, restoran tersebut mengadakan promosi diskaun sebanyak 25 peratus bagi kesemua hi-dangan bermula hari ini hingga 23 April.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda