Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    1,500 anggota polis Sarawak sedia digerakkan hadapi banjir

    KUCHING, 13 JAN – Sejumlah 1,500 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sarawak sudah bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu orang ramai dalam menghadapi bencana banjir pada musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut ini.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata semua bilik gerakan di setiap daerah juga telah diarah beroperasi 24 jam untuk memantau situasi dan keadaan semasa di kawasan yang berisiko.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pembentangan Pencapaian PDRM Kontinjen Sarawak di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Kontinjen, Jalan Badruddin di sini, hari ini.

    Sementara itu Aidi berkata statistik jenayah di Sarawak menunjukkan penurunan sebanyak 26.8 peratus atau 1,575 kes sepanjang tahun lepas berbanding 2020, dan kadar jenayah indeks di Sarawak ketika ini dilihat masih di bawah nilai ambang yang ditetapkan Ibvu pejabat Polis Bukit Aman. – Bernama

    Seorang pengusaha perahu tambang sabar menunggu pelanggan dalam hujan lebat di Tebingan Sungai Kuching, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...