STRASBOURG, Perancis, 12 Feb Kira-kira 15,000 orang berarak dekat sini, semalam, menuntut Turki membebaskan pemimpin pemisah Kurdis, Abdullah Ocalan ketika penduduk Kurdis Eropah mengadakan perhimpunan terbesar tahunan mereka.
Penganjur menganggarkan antara 15,000 hingga 17,000 orang menyertai perarakan itu dan ramai yang tiba dengan menaiki bas atau kereta api dari Jerman, Belgium dan Luxembourg.
Seorang pegawai polis tempatan pula menganggarkan 12,000 hingga 15,000 orang terbabit dalam perarakan itu.
Perarakan pada Sabtu itu adalah acara tahunan, diadakan dengan pengawasan keselamatan yang ketat.
Pihak berkuasa menyekat beberapa laluan utama penunjuk perasaan – satu kaedah yang digunakan Perancis sejak serangan di selatan bandar Nice pada Julai, tahun lalu. – AFP