Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    150,000 warga Myanmar bekerja di luar negara

    YANGON, 4 Mei – Pihak berkuasa Myanmar telah menghantar 147,381 pekerja asing bekerja di luar negara sepanjang tempoh satu tahun daripada kerajaan dalam tempoh antara tahun 2016 hingga 2017

    tahun fiskal yang lalu, menurut angka yang dikeluarkan hari ini oleh Kementerian a Buruh, imigresen dan Penduduk negara itu.

    Daripada bilangan tersebut, kira-kira 113,210 pekerja Myanmar telah dihantar ke Thailand, manakala seramai 25,154 ke Malaysia, 5501 ke Korea Selatan, 2486 ke Jepun dan selebihnya seramai 1,030 pekerja telah dihantar ke Singapura, Qatar, Laos dan China Macao.

    Sementara itu, sekolah latihan untuk pekerja asing dibuka di Yangon dan Mandalay pada bulan Januari 2017 untuk membolehkan mereka mempelajari budaya negara-negara asing, pengetahuan mengenai penyeludupan manusia, keselamatan, fakta dalam perjanjian antara majikan-pekerja, talian kecemasan dan pengetahuan am lainnya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda