Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    156 pelajar jayakan kempen derma darah

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Seramai 156 orang pelajar dan pensyarah dari Sekolah Sains dan Kejuruteraan di Kampus Lumut, Politeknik Brunei, kelmarin, telah menyertai kempen derma darah yang telah berlangsung di kampus berkenaan.

    Kempen berkenaan bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dalam kalangan kakitangan dan pelajar Politeknik Brunei di samping sama-sama menyelamatkan nyawa.

    Ia juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Politeknik Brunei untuk membantu hospital menambah stok simpanan darah bagi mereka yang memerlukan.

    Antara yang menyertai kempen derma darah, kelmarin.
    Antara yang menyertai kempen derma darah, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda