159 kes baharu di Sarawak

KUCHING, 2 MAC – Sarawak hari ini merekodkan 159 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 9,924, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan memaklumkan daerah Sibu mencatat 52 kes, Betong (49), Kuching (18), Bintulu (15), Miri (sembilan), Sarikei (lima), Dalat (tiga), Samarahan (tiga) manakala Sri Aman, Bukit Mabong, Marudi, Tatau dan Subis masing-masing satu kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengisytiharkan Kluster Sekubong, Sebauh ditamatkan setelah 28 hari tiada kes baharu. – Bernama