16 anggota PDB naik pangkat

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 16 orang lelaki dan seorang wanita anggota pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah dinaikkan pangkat menjadi inspektor bermula 1 Mac 2020.

Sehubungan dengan itu, majlis kenaikan pangkat telah berlangsung di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong, hari ini di mana hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan majlis kenaikan pangkat ialah Pesuruhjaya PDB, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid dan Datin Hajah Siti Shamsiah binti Haji Abdul Samad, para pengarah dan timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan PDB serta ahli keluarga anggota polis yang diraikan.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.