MOSCOW, 10 OKT – Sebuah pesawat yang membawa ahli payung terjun terhempas di tengah Rusia hari ini, dengan seramai 16 orang dikhuatiri maut.
Pesawat L-410 yang membawa 23 orang terhempas sekitar 9:23 pagi waktu tempatan semasa membuat penerbangan ke republik Tatarstan, menurut kementerian melalui saluran Telegramnya, sambil menambah tujuh daripadanya telah diselamatkan dari sisa pesawat tersebut.
Manakala, baki 16 orang “tidak mempunyai tanda-tanda kehidupan,” beritahu seorang wakil dari perkhidmatan kecemasan kepada agensi berita RIA Novosti
Gambar yang disiarkan oleh kementerian tersebut menunjukkan pesawat itu pecah dua dengan muncungnya lekuk dengan teruk.
Kementerian kesihatan tempatan mengatakan ketujuh mangsa tersebut berada di hospital, seorang daripadanya dalam ‘keadaan parah’, menurut laporan RIA Novosti. – AFP