16 dipenjara kerana seludup organ manusia

BEIJING, 1 Jan – Enam belas orang termasuk dua orang doktor dijatuhi hukuman penjara antara dua dan lima tahun di China kerana menyeludup organ manusia, satu amalan yang masih berleluasa di negara itu.

Kumpulan itu, yang juga termasuklah seorang ahli anestesiologi , seorang jururawat dan seorang pembantu doktor terlibat dalam dagangan besar haram organ buah pinggang, menurut pengadilan yang dipetik oleh agensi rasmi Xinhua semalam.

Mahkamah di bandar Jinan di wilayah timur Shandong itu mengatakan beberapa orang defendan telah mencari melalui online bagi mereka yang menjual buah pinggang di seluruh negara dan mengaturkan ujian dan padanan antara penjual dan pembeli.

Pemindahan organ dilakukan secara rahsia di bandar Feicheng, menurut mahkamah yang telah menjatuhi hukuman Jumaat lalu.

Setiap pesakit diminta membayar 400,000-600,000 yuan, manakala mereka yang menjual buang pinggang hanya menerima 40,000 yuan.

Pada tahun 2007 China telah mengeluarkan peraturan pertama berhubung pemindahan organ manusia, dengan menegah pertubuhan-pertubuhan dan individual-individual terlibat dalam dagangan organ.

Namun kes-kes penyeludupan masih lumrah di China, yang mengalami kekurangan drastik organ yang didermakan.

Tradisi di China menetapkan mayat dikebumikan tanpa kecacatan. – AFP