16 kelasi diculik lanun di Teluk Guinea

DAKAR, 5 MEI – Sekurang-kurangnya 16 kelasi diculik lanun di Teluk Guinea, lapor agensi berita Anadolu memetik laman web maritim antarabangsa.

Menurut laman web itu, pada 1 hingga 4 Mei lalu, tiga kapal diserang lanun di pantai Nigeria dan Gabon.

Kejadian pertama 10 kru diculik selepas lanun menahan sebuah kapal Panama yang sarat dengan muatan minyak di pantai Nigeria. Selain itu, lanun turut menjadikan kapal nelayan sebagai sasaran.

Teluk Guinea terkenal sebagai zon berbahaya di dunia, 90 peratus insiden penculikan sering berlaku di kawasan ini. – Bernama