Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    16 keluarga di Belait terima sumbangan

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan Kelab Lions Belait

    BELAIT, 16 JAN – Sebagai sebahagian acara tahunan untuk sambutan Tahun Baharu Cina, ahli-ahli daripada Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei Darussalam (PKTLB) bersama Kelab Lions Belait dan Persatuan Kebajikan Lotus Light (LLCS) telah mengadakan lawatan ke kawasan terpencil Belait hari ini.

    Hadir mengetuai kumpulan masing-masing termasuk Presiden Kelab Lions Belait, Johnny Cheong; Bendahari Kelab PKTLB, Kenny Yap dan Pengerusi LLCS, Yeo Tiong Lok.

    Semasa lawatan, ahli rombongan berkenaan telah menyampaikan sumbangan berupa pelbagai barangan keperluan asasi serta sampul merah kepada 16 keluarga kurang bernasib baik. Sumbangan tersebut bertujuan memeriahkan lagi suasana perayaan selain meringankan bebanan keluarga berkenaan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

    Penyerahan sumbangan telah diadakan di Sekolah Chung Hwa Labi sementara penerima yang tidak dapat hadir telah menerima barangan sumbangan di rumah mereka.

    Dengan penyerahan sumbangan tersebut, kumpulan berkenaan berharap dapat meneruskan usaha dan inisiatif mereka pada masa depan untuk membantu komuniti tempatan yang memerlukan di seluruh negara.

    Antara yang menerima sumbangan barangan keperluan asasi semasa kunjungan daripada Kelab Lions, PKTLB dan LLCS baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...