Thursday, January 16, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 kes baharu COVID-19 dicatat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Sebanyak 16 kes baharu jangkitan COVID-19 telah disahkan di Negara Brunei Darussalam hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kes COVID-19 kepada 15,402 orang.

    Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan yang berlangsung pada petang tadi.

    “Jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 3,760 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    “Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 0.4 peratus,” ujar beliau.

    “Di kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam kategori 4 iaitu mereka memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi manakala terdapat satu kes dalam kategori 5 iaitu mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif,” jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Pada masa yang sama, Yang Berhormat Dato juga mengongsikan bahawa sebanyak 15 kes telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 15,098 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 204 kes. 

    Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 4.4 peratus.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa mengongsikan angka jangkitan baharu COVID-19 di negara ini pada sidang media di Kementerian Kesihatan, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda