Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    16 maut, 18 hilang banjir di China

    BEIJING, 18 OGOS – Sekurang-kurangnya 16 orang maut, manakala 18 lagi hilang selepas hujan ribut melanda barat China, mengakibatkan tanah runtuh yang mengalihkan sungai serta banjir kilat di kawasan berpenduduk, lapor media kerajaan China hari ini.

    Pasukan penyelamat sebelum ini melaporkan 36 orang hilang, namun menemui 18 daripadanya awal petang ini, menurut kemas kini dalam talian media kerajaan CCTV.

    Bencana malam kelmarin itu menjejaskan lebih 6,000 orang di enam kampung di wilayah Qinghai, lapor stesen televisyen berkenaan.

    China bukan sahaja menghadapi hujan lebat dan banjir malahan beberapa bahagian di negara itu mengalami musim panas dan gelombang panas melampau serta kemarau.

    Media kerajaan menyifatkan panas dan kemarau merupakan yang terburuk sejak ia mula menyimpan rekod keadaan cuaca bermula 60 tahun lalu. Manakala banjir di Daerah Datong di Qinghai pula adalah akibat ‘arus gunung’ daripada ribut kencang di kawasan pergunungan. Air yang mengalir menuruni gunung boleh mengubah parit atau sungai.

    Tujuh orang maut hujung minggu lalu akibat arus gunung di wilayah Sichuan, barat daya China. Di tempat lain di Sichuan dan wilayah lain, tanaman layu dan kilang ditutup kerana kemarau dan suhu tinggi turut meningkatkan permintaan elektrik. – AP

    Penyelamat dilihat melakukan operasi mencari dan menyelamat di kampung Shadai, di Daerah Datong, Qinghai dan Mukim Autonomi Tu di barat daya China. Angka kematian akibat banjir dari arus gunung meningkat kepada 16 orang dengan 18 lagi masih hilang. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...