16 maut bangunan runtuh di Pakistan

KARACHI, 6 MAC – Tragedi bangunan pangsapuri runtuh di Pakistan mengakibatkan 16 orang terbunuh dan tujuh lagi masih hilang.

“Jumlah kematian di bangunan runtuh meningkat (dari 11 kelmarin) kepada 16 orang, selepas lima lagi mayat ditarik keluar dari runtuhan hari ini,” kata Salma Kauser, seorang pegawai kanan kesihatan di Karachi, kepada AFP.

Rehan Hashmi, pegawai kanan perbandaran, berkata tentera telah dikerahkan untuk membantu misi penyelamatan dan pencarian.

“Tujuh orang masih hilang, tetapi adalah lebih awal untuk mengatakan sama ada mereka terperangkap di bawah serpihan atau tidak,” kata Hashmi.

Pekerja menyelamat hanya menggunakan tangan mereka bagi menarik keluar mangsa daripada timbunan runtuhan sebuah bangunan lima tingkat yang turut meranapkan dua rumah berhampiran.

Pihak berkuasa memaklumkan, bangunan perumahan di Karachi itu pada asalnya hanya empat tingkat tetapi setingkat lagi ditambah kira-kira setahun lalu secara haram tanpa mematuhi garis panduan pembinaan.

Anggota tentera turut dikerah membantu mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dalam runtuhan yang menurut seorang Inspektor Bangunan, yang berpunca daripada sistem kumbahan. – AFP