Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    16 maut dalam kebakaran kelab malam

    YAOUNDE, 23 JAN – Kerajaan Cameroon berkata hari ini bahawa 16 orang terbunuh dalam kebakaran yang disebabkan oleh bunga api di sebuah kelab malam di ibu negara Yaounde, tragedi yang berlaku ketika negara itu menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak piala negara-negara Afrika.

    “Laporan awal menunjukkan 16 maut dan lapan cedera parah” selepas “kebakaran tidak sengaja” berlaku kelmarin, kata kementerian komunikasi dalam satu kenyataan.

    Percikan bunga api menyambar bilik utama kelab malam Liv di daerah Bastos di ibu negara, rumah kepada kedutaan dan kediaman diplomat.

    “Tragedi itu, yang berpunca daripada letupan bunga api yang sering digunakan di tempat-tempat ini, mula-mula membakar siling bangunan tersebut, mengakibatkan dua letupan yang sangat kuat, menyebabkan panik dan rempuhan,” kata kementerian tersebut.

    “Apabila kami tiba, keadaan panik, berlaku kebakaran yang kuat dengan asap yang banyak,” kata seorang pegawai bomba kepada AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

    “Kami menghitung 16 maut dan lima cedera,” tambah pegawai tersebut.

    Seorang pengawal keselamatan yang hadir untuk insiden tersebut berkata bahawa “ia berlaku dengan pantas”.

    “Insiden itu berlaku lepas pukul 2 pagi waktu tempatan dan kebanyakan pelanggan tiba sekitar jam 3 pagi, jadi mangsa memang ramai,” kata pengawal keselamatan tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...