16 maut disambar petir di majlis perkahwinan

DHAKA, 4 OGOS – Suasana gembira pada majlis perkahwinan bertukar duka apabila sebanyak 16 orang maut manakala pengantin lelakinya cedera setelah disambar petir pada majlis yang diadakan di Bangladesh, hari ini, kata para pegawai.

Menurut pentadbir kerajaan bandar itu, kumpulan tersebut baru saja keluar dari sebuah bot di bandar tepi sungai Shibganj untuk berteduh daripada ribut.

Pengantin perempuan tidak berada semasa parti perkahwinan itu, kata Sakib Al-Rabby kepada AFP, mengesahkan 16 orang maut ketika petir menyambar dalam masa beberapa saat di daerah Chapainawabganj. – AFP