Sunday, January 19, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 maut kekacauan di timur Libya

    TRIPOLI, 22 Jun – Seorang sumber perubatan berkata, 16 tentera di timur Libya terbunuh dan 20 yang lain cedera dalam pertempuran kelmarin dan selepas itu tentera menawan dua kawasan minyak dari kumpulan militia.

    “Jabatan kecemasan menerima laporan kematian 16 tentera dan lebih daripada 20 orang cedera hari ini akibat kekacauan yang berlaku sepanjang hari tersebut,” kata sumber itu, dari sebuah hospital di timur bandar Ajdabiya, kepada Xinhua kelmarin.

    Sumber itu menambah bahawa lebih daripada 50 anggota militan daripada kumpulan militan pesaing terbunuh.

    Ajdabiya berada kurang dari 100 km dari kawasan kresen minyak, di mana terdapat beberapa pelabuhan minyak utama.

    Tentera yang berpusat di timur, yang dikenali sebagai Tentera Kebangsaan Libya (LNA) dan diketuai oleh Jeneral Khalifa Haftar, mengumumkan hari ini bahawa mereka telah menawan semula pelabuhan minyak Ras Lanuf dan Es Sidra.

    Sebelum ini seorang pegawai tentera di bawah bekas pemimpin Muammar Gaddafi, Haftar menguasai sebahagian besar bahagian timur Libya dalam perang saudara. LNA tidak sehaluan dengan kerajaan yang disokong Bangsa-bangsa Bersatu di Tripoli.

    Pasukan Pertahanan Benghazi melancarkan serangan ke atas ladang minyak di rantau tersebut minggu lalu, mengakibatkan pertengkaran dengan LNA.

    Misi PBB di Libya mengutuk serangan itu. – Xinhua.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda