Wednesday, October 5, 2022
30 C
Brunei

16 maut, nahas kapal karam menuju Iraq

-

ARBIL, IRAQ, 26 DIS – Kira-kira 16 orang terkorban apabila bot mereka karam di terusan ketika cuba menuju ke England telah dihantar pulang awal pagi hari ini ke Kurdistan, Iraq, di mana keluarga sedang menunggu jenazah, yang dilihat oleh seorang jurugambar AFP.

Pesawat yang membawa mereka tiba sekitar 2 pagi di Arbil, ibu kota wilayah autonomi, Utara Iraq.

Selebihnya telah dihantar menggunakan ambulan untuk dibawa ke kampung halaman mereka di Darbandikhan, Ranya, Soran dan Qadrawa.

Lebih kurang 27 terkorban dalam tragedi 24 November, bencana paling dahsyat sejak terusan itu menjadi persingahan untuk pendatang asing dari Perancis ke England.

Di sebuah terminal lapangan terbang Arbil, keluarga dengan penuh emosi menunggu ketibaan jenazah orang tersayang, ada yang berpelukan atau menunjukkan gambar saudara mereka.

Saudara-mara bagi 16 mangsa terbunuh dalam kejadian bot mereka karam di Channel ketika cuba sampai ke England, menunggu ketibaan jenazah di lapangan terbang di Arbil, ibu kota wilayah Kurdish utara Iraq, lewat hari ini, 26 Disember. – AFP

Sebelum ini ia telah dijadualkan pada hari Jumaat, penghantaran pulang itu telah ditangguhkan dua kali.

Antara 27 mangsa yang terkorban kebanyakannya adalah lelaki tetapi termasuk tujuh wanita, remaja berumur 16 tahun dan kanak-kanak berumur tujuh tahun.

Selain 16 warga Kurdish Iraq, 26 yang dikenal pasti termasuk Kurd Iran, empat lelaki Afghanistan, tiga Etiopia, seorang dari Somalia dan seorang lagi dari Mesir.

Hanya dua orang yang berjaya diselamatkan selepas bot mereka karam, iaitu seorang warga Kurdish Iraq dan orang warga Sudan, menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis.

Menurut kenyataan daripada mangsa yang terselamat, jumlah orang menaiki bot sekitar 33 orang.

Penyiasat dari Perancis masih cuba untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang berlaku semasa kemalangan itu. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -