Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    16 maut, terbakar dalam nahas bas mini

    JOHANNESBURG, 12 JAN – Enam belas orang maut terbakar kelmarin apabila sebuah teksi bas mini dan sebuah SUV bertembung di lebuh raya di wilayah Limpopo timur laut Afrika Selatan, kata seorang pegawai tempatan.

    Pemandu SUV itu hilang kawalan selepas tayarnya pecah dan bertembung dengan bas Mercedes-Benz, kata jurucakap kementerian pengangkutan wilayah, Mike Maringa kepada AFP hari ini.

    “Bas itu terbakar dan 16 penumpang yang terperangkap di dalamnya terbakar ketika masih hidup,” katanya.

    Pemandu SUV maut akibat pertembungan tersebut, katanya. Manakala lapan orang lain terselamat dengan kecederaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...