Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 orang cedera di Mali

    BAMAKO, 3 Jun – Sekurang-kurangnya 16 orang cedera apabila penunjuk perasaan daripada pihak pembangkang bertempur dengan pihak polis kelmarin dalam perhimpunan politik di Bamako, hanya dua bulan sebelum menjelang pilihan raya presiden Mali, menurut penganjur bantahan.

    Pihak polis cuba untuk meleraikan bantahan yang terdiri daripada ratusan orang di luar ibu pejabat Sekutu Demokratik Keamanan, sebuah parti pemerintah Presiden Ibrahim Boubacar Keita di mana pihak polis melancarkan gas pemedih mata dan memukul penunjuk perasaan dengan belantan, menurut wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

    Pihak berkuasa Bamako telah melarang ‘perhimpunan aman’ yang dianjurkan oleh pihak pembangkang, Gabungan untuk Pertukaran dan Perubahan, di mana perintah darurat masih dikuatkuasakan.

    Pihak penganjur telah mengeluarkan senarai 16 orang yang cedera termasuk pihak polis dan wartawan.

    Doktor di hospital Gabriel Toure pada awalnya memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya 12 orang cedera termasuk ahli politik.

    Kementerian keselamatan mengesahkan respons pihak berkuasa adalah diperlukan bagi mengelakkan para persatuan bertanggungjawab atas kekacauan itu.

    Kementerian itu menambah bahawa sebahagian daripada perhimpunan itu ‘menghina’ pihak polis yang sentiasa ‘profesional dan berhati-hati’ walaupun ada yang mengalami kecederaan kepala.

    “Saya mengalami kecederaan apabila saya menyertai perhimpunan bagi menuntut pilihan raya adil,” menurut kenyataan melalui Twitter mantan menteri kewangan dan ekonomi, Mamadou Igor Diarra.

    “Saya bersyukur bahawa saya dapat menolong beberapa orang yang cedera, wanita dan remaja, sekali gus menerangkan kesan darah yang terdapat di baju saya seperti dalam gambar yang tersebar,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda