16 pasukan sertai kejohanan dodgeball

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 DIS – Raven One menjuarai Kejohanan Dodgeball Kebangsaan 2019 Persatuan Dodgeball Brunei (BDAS), setelah memenangi pingat emas dalam kategori lelaki yang diadakan di Dewan Serba guna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, baru-baru ini.

Pasukan Target turut menyertai juara lelaki dengan menjadi pasukan dodgeball terbaik negara selepas meraka turut memenangi pingat emas dalam kategori wanita.

Sementara itu, pasukan Helang’s menduduki tempat kedua manakala X1 Dogeburner di tempat ketiga untuk kategori lelaki. Bagi kategori perempuan tempat kedua dimenangi oleh pasukan Arrows dan pasukan Diamonds terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Kejohanan yang dianjurkan oleh BDAS itu telah disertai oleh 16 pasukan di mana lapan pasukan menyertai kategori lelaki dan lapan pasukan kategori wanita. Pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut ialah Raven One, Ravens, Helang’s, Laplace, Vikings, X1 Dodgeburner, Spartan, X1 Marvelous, Target, Arrows, Diamonds, Valkyrie, BLVCK, Viqueens, Laplace Eves dan De Strike Girls.

Pasukan Raven One bergambar ramai selepas acara penyampaian hadiah. – Gambar oleh BDAS