16 pelajari asas pembuatan roti canai

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan mengenai bidang keusahawanan, Persekutuan Peniaga-peniaga Melayu Brunei (PPPMB) telah menganjurkan kursus asas pembuatan roti canai, hari ini.

Seramai 16 orang peserta yang terdiri orang ahli PPPMB dan bukan ahli telah menyertai kursus yang kali pertama dianjurkan tersebut.

Demonstrasi yang diberikan diharapkan dapat digunakan sebagai kaedah untuk berniaga bagi para peniaga tempatan.

Antara peserta yang menyertai kursus berkenaan.