16 pelanggan bertuah MG dipilih

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – GHK Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan MG Motor yang disahkan, hari ini, telah mengadakan majlis cabutan bagi promosi kereta MG yang berjalan dari Januari hingga Mac lalu, di mana 16 pemenang dipilih untuk membawa pulang hadiah lumayan.

Majlis cabutan yang diadakan di Bilik Pameran MG, di Sumbangsih Bahagia itu telah disiarkan melalui laman Facebook MG Motor, yang membolehkan para peserta menonton acara tersebut secara langsung semasa pandemik COVID-19 ini.

Cabutan dilakukan oleh perwakilan dari Baiduri Finance Berhad iaitu Pengurus Jualan, Haji Mohd Ali bin Haji Metussin dan Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Daud.

Hadiah utama berupa wang tunai $5,000 dimenangi oleh Dayang Masmardiwiyah Wati binti Haji Mohammad Akhir, manakala itu, Dayang Nuralina binti Mohamad Kamri menenangi $2,000 di tempat kedua dan Sathe Es Kannan Govin Darajen memenangi $1,000 di tempat ketiga.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan GHK Motors, kempen berkenaan menawarkan peluang kepada pengguna untuk membeli kereta MG pada harga yang menguntungkan dan peluang untuk memenangi hadiah hebat.

Pada awalnya, pelanggan bertuah berpeluang memenangi tiket menyaksikan perlawanan Liverpool FC secara langsung di England, malangnya disebabkan pandemik global di masa kini, MG Motor telah menukar pakej Liverpool FC dengan wang tunai.

Dalam pada itu, kenyataan menyatakan bahawa Promosi Istimewa Hari Raya MG kini sedang berjalan sehingga akhir Julai depan.

Sepanjang promosi ini, pelanggan akan mendapat diskaun khas untuk model MG terpilih, tambahan dengan peluang Spin & Grab bagi hadiah wang tunai sebanyak $1,000.

Pengiran Haji Rosli ketika membuat cabutan pada majlis yang disiarkan secara langsung.
Haji Mohd Ali membuat cabutan bagi memilih pelanggan bertuah.