Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt – Seramai 16 orang Muslimah telah menyertai peraduan menghafaz ayat-ayat lazim anjuran Masjid Kampung Sungai Bunga yang berlangsung di masjid berkenaan, hari ini.
Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Kumpulan Meraih Barakah, Hajah Florinda binti Haji Mejenis selaku tetamu kehormat yang turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang peraduan.
Acara tersebut diadakan untuk menggalakkan para peserta mendekatkan diri kepada Al-Quran dan berani tampil di khalayak ramai.
Selepas acara itu, majlis tersebut diteruskan dengan penyampaian wakaf Al-Quran dan telekong untuk Masjid Kampung Sungai Bunga.

