Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 syarikat tempatan sertai CAEXPO ke-15

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Sebanyak 16 syarikat tempatan yang berdaftar akan dipilih menyertai CAEXPO ke-15 yang bakal diadakan dari 12 hingga 15 September di Nanning International Convention and Exhibition Centre, China.

    Syarikat tempatan yang terpilih akan berlepas meninggalkan ke China dengan membawa produk mereka bermula 10 September ini nanti.

    Dalam temubual bersama antara syarikat tempatan yang menyertai CAEXPO tahun lalu rata-rata menyatakan ia adalah antara pengalaman berharga bagi mempromosikan produk tempatan.

    “Memandangkan ini adalah kali pertama kami menyertani ekspo, ia adalah langkah terbesar untuk kami dan dalam masa yang sama ia pengalaman dan peluang yang amat kami hargai.

    “Alhamdulilah kami berjaya melakukannya dengan pertolongan dan bantuan dari Darussalam Enterprise serta syarikat yang lain yang turut serta,” kata Dayang Suzanna binti Haji Maidin, pemilik dan pengasas Syarikat Soozan yang membekalkan produk dan penjagaan kecantikan serta tudung-tudung rekaan beliau.

    Eman Enterprise yang menyertai CAEXPO tahun lepas.

    Beliau menyatakan menghadapi kesukaran itu memang ada tambahan lagi pemilik syarikat itu sendiri tidak dapat menyertai dan terpaksa mewakilkan keluarga beliau untuk mengambil tempat beliau iaitu adik beliau sendiri, Awang Aqiel dan ibu bapa beliau sendiri yang sentiasa bersiap sedia turun padang bagi menjayakan CAEXPO tahun lalu.

    “Tanpa mengeluh dan sentiasa positif untuk menjadikan jenama Soozan melangkah jauh terutama ke peringkat antarabangsa. Takut, cemas dan teruja adalah antara perasaan yang bercampur baur ketika itu,” jelasnya lagi.

    Di tanya apa yang diperoleh dari CAEXPO itu, beliau menyatakan antaranya ialah keyakinan diri untuk terus melangkah ke hadapan, lebih bersemangat untuk memperkembangkan lagi perniagaan beliau. “Sebelum ini perasaan takut sering menghalang saya. Takut kalau-kalau jenama Soozan tidak dapat diterima ramai tetapi dari CAEXPO kami dapat lihat ia boleh melangkah jauh.

    “Dari situ juga kami mula mengikuti ekspo-ekspo yang diadakan di dalam negeri. Saya terkejut dengan sambutan yang diberikan dan orang-orang Brunei juga sangat menyokong akan produk-produk tempatan,” ujarnya.

    Menurutnya lagi, jika diberi peluang untuk menyertai ekspo yang sama pada tahun ini syarikat tersebut akan menerimanya dengan besar hati untuk menambah pengalaman dan pengetahuan dalam dunia perniagaan sambil mengukuhkan rangkanain dengan peniaga luar negara.

    Sementara itu, Pengarah Urusan Eman Enterprise, Hajah Kartini bin Haji Jaya bersama pengarahnya, Dayang Nurimanina binti Haji Sazali menceritakan pengalaman yang tidak dapat mereka lupakan ketika menyertai CAEXPO tahun lalu.

    “Tahun lalu adalah kali kedua Eman Enterprise mengikuti CAEXPO di Nanning dan berpeluang menunjukkan produk Eman ke pasaran antarabangsa terutama China dan kami juga turut berkenan dilawat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama kerabat diraja yang lain,” jelas Hajah Kartini.

    Menurutnya lagi antara pengalaman yang menarik lagi adalah dapat beramah mesra, bergaul dan bertukar-tukar buah fikiran dalam memajukan perniagaan ke persada antarabangsa serta membuka peluang untuk mengembangkan pasaran ke luar negara.

    “Juga yang menjadi kenangan hingga saat ini apabila produk kami Brunei Homemade Cookies mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat China dan negara lain yang turut serta sehingga produk kami habis,” ujarnya.

    Ditanya apakah yang diperoleh dari ekspo berkenaan beliau berkata antaranya ialah peluang pasaran ke luar negara, keuntungan berganda, pengalaman berharga, ilmu dari segi memperbaiki bungkusan dan menjaga kualiti produk, bersua muka dengan peniaga yang berjaya dan idea untuk menceburi pelbagai bidang perniagaan.

    Syarikat yang disokong kerajaan dan syarikat pelaburan langsung asing yang terpilih menyertai CAEXPO ini juga bakal berada di CAEXPO itu nanti.

    Berikutan kejayaan CAEXPO selama 14 musim sebelumnya, ekspo antarabangsa ini semakin berkembang dan menjadi acara istimewa yang berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam mempromosikan kerjasama erat China-ASEAN dan pembangunan Laluan Sutera Maritim abad ke-21.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda