Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    16 terima sijil kejurulatihan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Persatuan Ping Pong Brunei Darussalam (BDTTA) meneruskan usahanya untuk meningkatkan kapasiti bangunan selepas 16 peserta selesai menduduki Kursus Sijil Kejurulatihan Para Ping Pong Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) Peringkat 1 di Kompleks Sukan Menglait, baru-baru ini.

    Kursus lima hari itu disampaikan oleh pegawai ITTF dan jurulatih Paralimpik, Trevor James Hirth, yang disertai oleh 14 peserta sijil ITTF dan dua peserta sijil kebangsaan.

    Kursus tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran jurulatih kebangsaan supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan sokongan daripada ITTF dan untuk mempersiapkan para pemain dalam acara akan datang pada tahun depan.

    Brunei Darussalam bakal menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Pingpong Asia Tenggara (SEATTA) Junior dan Kadet 2023.

    Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengiran Mohamad Azri bin Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier Jeneral (B) Pengiran Haji Hasnan dan Trevor Hirth. Juga hadir ketika majlis penyampaian sijil ialah para pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan.

    Pengiran Mohamad Azri bergambar ramai dengan peserta kursus. – Gambar serahan BDTTA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...