160 penyu berjaya diselamatkan

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 15 JULAI – Kira-kira 160 ekor penyu laut, kebanyakannya cedera selepas terlilit atau termakan sampah plastik, diselamatkan selepas ia dihanyutkan ke pantai di salah sebuah daripada pantai terpanjang dunia di Bangladesh, menurut pegawai dan pendukung pemuliharaan hari ini.

Penyu Olive Ridley mula terapung di pantai di Cox’s Bazar yang dipenuhi dengan botol-botol plastik, jaring, boya dan sampah lain pada hujung minggu.

Penyu terselamat dilepaskan kembali ke Teluk Bengal, namun sebahagiannya kembali ke pantai sepanjang 120km itu. – AFP