Tuesday, December 3, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    16,000 penduduk diarah pindah di Jepun

    TOKYO, 29 JUN – Pihak berkuasa bandar Okinawa, selatan Jepun mengarahkan hampir 16,000 penduduk supaya berpindah berikutan risiko ancaman banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat, lapor Sputnik memetik media hari ini.

    Menurut penyiar NHK, arahan itu dikeluarkan untuk 7,300 rumah yang terletak di kawasan berisiko mengalami  tanah runtuh. Selain itu, dua pusat pemindahan turut disediakan. Terdahulu, Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran hujan lebat dan curahan hujan diramal mencecah 50 milimeter per jam di beberapa kawasan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda