Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    166 graduan MIC diraikan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Seramai 166 orang graduan Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) diraikan dalam Majlis Penyampaian Ijazah Tamat Pengajian MIC 2021 yang berlangsung di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Brunei, Jerudong, pagi tadi.

    Majlis tersebut adalah bagi meraikan graduan yang berjaya menamatkan pelbagai jurusan program IT di kolej itu daripada sijil antarabangsa hingga Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND), Pearson BTEC, Scottish Qualifications Authority (SQA) dan NCC Education.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan ijazah dan sijil kepada para graduan yang diraikan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman. 

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Pengarah Urusan MIC, Sylvester Yong selaku pengerusi majlis; Pemangku Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Chin Wei Keh; dan Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    Selepas penyampaian ijazah dan sijil kepada para graduan, majlis juga menyaksikan penyampaian hadiah kepada dua orang graduan cemerlang yang menerima Anugerah Merit iaitu Dayang Maslina binti Samsudin, graduan dalam jurusan Pearson BTEC Level 3 Diploma dalam IT dan Awang Muhamad Raziq Aiman bin Haji Rosman, graduan yang mengambil jurusan Pearson BTEC Level 5 HND dalam Pengkomputeran.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan semasa menyampaikan ijazah kepada salah seorang graduan pada majlis tersebut.
    Antara graduan yang diraikan pada Majlis Penyampaian Ijazah Tamat Pengajian MIC 2021.

    Wakil graduan, Awang Muhamad Raziq Aiman bin Haji Rosman dalam ucapannya menyampaikan penghargaan dan mengongsikan detik-detik istimewa sepanjang pengajiannya di kolej berkenaan.

    Beliau turut menyampaikan nasihat kepada para graduan dan rakan seperjuangannya di kolej tersebut.

    “Nasihat saya, tolong hargai orang di sekeliling awda dan sila hargai diri, baik hati, semangat, dan juga belajar untuk tidak mensia-siakan peluang yang ada. 

    “Sentiasalah fokus kerana apabila awda fokus pada kebaikan, kebaikan akan bertambah dan menjadi lebih baik. Sentiasalah percaya kepada Allah, dan kekalkan hidup dengan ‘Santai’,” nasihatnya lagi.

    MIC merupakan rakan kongsi satelit bagi UTB yang menawarkan program  Undergraduate Degree Entry Pathway BriCOMP selama 14 minggu bagi para pelajar yang tidak memperolehi mata yang mencukupi dalam keputusan peringkat A atau IB points untuk mencapai kelayakan minima kemasukan ke UTB.

    MIC juga turut menawarkan UTB Undergraduate Degree Programme in Computing major dalam Network Security and Multimedia.

    Pada akhir majlis, para graduan berpeluang mengabadikan kenangan bersama tetamu kehormat majlis dan para pegawai serta kakitangan serta tenaga pengajar kolej itu dalam sesi bergambar ramai sebelum berjumpa keluarga masing-masing bagi meraikan detik manis lagi penuh berharga itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...