Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Negara Brunei terus mencatatkan sifar kes jangkitan baharu COVID-19 di negara setakat 12 tengah hari ini, mengekalkan kes keseluruhan 147 orang dengan hanya satu kes masih aktif.
Kes terakhir jangkitan komuniti ialah pada 6 Mei lalu iaitu 168 hari yang lalu dengan kes import pula enam kes.
Menurut kenyataan dikongsikan Kementerian Kesihatan di sini hari ini, sejumlah 295 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala sejumlah 7,186 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.
Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 456 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 65,663 ujian.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.