1,687 kes positif baharu dalam 24 jam

JAKARTA, 10 OGOS – Indonesia mencatatkan 1,687 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di republik berkenaan, kini meningkat kepada 127,083 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 84,139 pesakit, masih dalam pemantauan COVID-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 42 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,765 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 26,162 kes, diikuti Jawa Timur (25,626) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,894 orang, diikuti Jakarta (932), Jawa Tengah (728), Sulawesi Selatan (335) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama