Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    17 ahli PGGMB berlepas ke Jakarta

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Dengan hasrat untuk membincangkan mengenai kesan dan usaha ke arah pemulihan pendidikan akibat wabak COVID-19, seramai 17 orang ahli dari Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) bertolak ke Jakarta untuk menyertai Konvensyen Majlis Guru-guru ASEAN + 1 (ACT+1) ke-36 yang berlangsung di Hotel Marcure Convention Centre, Ancol Jakarta pada 2 hingga 4 September.

    Perhimpunan itu disertai oleh lebih 200 orang peserta dari negara-negara ahli ACT+1 termasuk Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura, Thailand dan Korea.

    Persidangan yang membawa tema Recovering from the Pandemic: Designing Post Pandemic Education in Digitally Infused World itu menumpukan kepada perbincangan terhadap kesan-kesan dan usaha-usaha ke arah pemulihan akibat wabak COVID-19.

    Semasa persidangan itu, beberapa kertas kerja tema persidangan akan dibentangkan oleh wakil-wakil dari setiap negara peserta termasuk Negara Brunei Darussalam.

    Dalam pembentangan kertas kerja berkenaan, PGGMB akan diwakili dua orang ahlinya; Pengetua Sekolah Menengah Rimba II, Hajah Khadijah binti Haji Damit yang membentangkan kertas kerja sub-tema laporan negara (Country Report).

    Rombongan dari PGGMB yang mewakili Negara Brunei Darussalam bertolak menyertai Konvensyen ACT+1 ke-36 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 2 hingga 4 September. – Gambar serahan PGGMB

    Sementara itu, Guru Besar Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang, Hajah Kostinah binti Haji Garif akan membentangkan kertas kerja sub-tema pada sesi selari (parallel session).

    Di akhir perhimpunan selama tiga hari itu, pemimpin negara-negara peserta akan meluluskan satu resolusi persidangan.

    Konvensyen ACT+1 merupakan sebuah landasan perbincangan mengenai hal-ehwal pendidikan dan kebudayaan serantau yang dikelolakan bersama oleh persatuan-persatuan guru dalam kalangan negara-negara anggota ACT.

    Ia dianjurkan setiap tahun secara bergilir-gilir oleh setiap negara anggota dengan konvensyen ke-36 dikelolakan oleh Persatuan Guru Republik Indonesia (PGRI).

    PGGMB menjadi tuan rumah kepada Konvensyen ACT+1 ke-35 yang diadakan pada 2019.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...