17 belia tunjuk perasaan diberkas

KAMPALA, 10 SEPT – Sekurang-kurangnya 17 penyokong muda Parti Gerakan Penentangan Kebangsaan (NRM) yang memerintah telah diberkas semalam kerana mengadakan tunjuk perasaan secara haram di kedutaan Amerika Syarikat dan Jepun, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Penunjuk perasaan terbabit cuba memecah masuk kedua-dua bangunan diplomatik namun berjaya dihalang oleh polis yang kemudian bertindak menahan mereka manakala yang lain melarikan diri.

‘’Penyokong muda terbabit, yang membawa sepanduk, secara tidak sah telah bergerak ke premis kedua-dua kedutaan dan mengadakan tunjuk perasaan tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebagaimana yang ditetapkan undang-undang,’’ kata Timbalan Jurucakap Polis Luke Owoyesigyire kepada media. – Bernama