Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 cedera kenderaan pemusnah bom meletup

    LOS ANGELES, 1 JULAI – Sekurang-kurangnya 17 orang cedera malam semalam ketika skuad pemusnah bom Los Angeles gagal memusnahkan bahan letupan yang dirampas bersama ribuan paun bunga api, kata pegawai.

    Letupan memusnahkan bumbung trak pemusnah bom dan mencetuskan bebola api di kawasan selatan Los Angeles, menurut video yang disiarkan dari saluran berita tempatan.

    Pada sidang media, Ketua Jabatan Polis Los Angeles, Michael Moore berkata 10 pegawai dan tujuh orang awam mengalami kecederaan akibat letupan itu, yang merosakkan rumah dan tingkap di kawasan kejiranan. Beliau menambah masih tidak jelas sebab ‘kegagalan misi kenderaan pemusnah bom berkenaan.’

    “Kenderaan ini sepatutnya mampu memusnahkan bom dengan selamat,” kata beliau.

    “Protokol dipatuhi tetapi sesuatu berlaku dalam kenderaan tersebut yang tidak harus berlaku dan kami tidak tahu sebabnya.” Moore berkata pegawai sedang bertindak terhadap satu panggilan mengenai bunga api di sebuah rumah persendirian apabila mereka menemui kotak bunga api gred komersial tersusun lapan hingga 10 kaki tinggi, dan dianggarkan mempunyai berat 5,000 paun disimpan di laman dalam sebuah rumah.

    Ketika membuang bunga api, pegawai menemui bahan letupan tambahan yang diperbuat daripada tin soda dan fius, kata Moore.

    Bahan tersebut diimbas dan dipindah ke trak khas dan diletup pada kira-kira 6:40 petang.

    Penghuni rumah yang menyimpan bahan letupan, Arturo Cejas, 27, telah ditahan dan didakwa memiliki bahan pembinasa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda