17 cedera letupan di gudang peluru

ANKARA, TURKI, 14 NOV – Para pegawai Turki berkata dua ledakan di sebuah gudang peluru di tenggara Turki telah mencederakan 16 anggota tentera dan seorang penduduk awam.

Gabernor Abdullah Erin dari wilayah Sanliurfa memberitahu wartawan bahawa letupan itu berlaku di sebuah gudang di wilayah itu, yang bersempadan dengan Syria. Dia berkata letupan pertama telah mencetuskan letupan kedua. Kebakaran yang berlaku telah dikawal dengan cepat.

Gabenor berkata orang awam yang berada di balkoni rumah mereka berhampiran tapak letupan itu adalah antara yang cedera. Salah seorang anggota tentera yang tercedera dalam keadaan serius, tambahnya.

Erin berkata penyebab letupan itu sedang disiasat, sambil menambah bahawa pihak berkuasa percaya bahawa kesalahan ‘teknikal’ mungkin antara punca letupan itu berlaku. – AP