17 kelasi warga asing ingkar PKPB

LABUAN, 22 JULAI – Seramai 17 kelasi warga asing masing-masing dikompaun RM1,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas didapati membeli-belah di sebuah pasar raya besar, semalam, ketika masih di bawah arahan kuarantin.

Jabatan Kesihatan Labuan menjalankan siasatan selepas tular di aplikasi WhatsApp foto kesemua 17 kelasi itu memakai ‘gelang kuarantin’ sedang membeli-belah di pasar raya tersebut.

Pengarahnya, Dr Ismuni Bohari, berkata laporan mengenai tindakan mengingkar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) itu diterima beberapa minit selepas mereka dikesan membeli makanan di pasar raya tersebut. – Bernama