17 maut dalam kemalangan bas

LAGOS, 23 OGOS – Seramai 17 orang terkorban apabila sebuah bas penumpang berlanggar dengan sebuah trak di pusat bandar Nigeria, menurut seorang pegawai keselamatan jalan hari ini.

Kemalangan itu, yang melibatkan 18 orang penumpang bas dan sebuah trak pengangkutan kontena, terjadi di negeri Kwara, menurut Udeme Eshiet dari Kor Keselamatan Jalan Persekutuan.

Tujuh belas orang penumpang bas terkorban, sementara dua penumpang trak mengalami kecederaan serius, tambahnya. – AFP