Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

17 maut nahas jalan raya di Mesir

-

KAHERAH, 3 OGOS – Kira-kira 17 orang maut dan empat lagi cedera dalam nahas jalan raya apabila sebuah bas mini dan trak bertembung di wilayah Sohag di selatan Mesir, kelmarin.

“Lima belas ambulans dikerah ke tempat kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke Hospital Awam Sohag.

“Siasatan awal mendapati pemandu bas mini hilang kawalan dan merempuh lori yang datang dari arah bertentangan,” kata gabenor Sohag, Tarek al-Fiqy kepada Xinhua.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir telah meningkatkan perkhidmatan rangkaian lebuh rayanya, membina jalan dan jambatan baharu serta membaiki jalan lama untuk mengurangkan risiko kemalangan. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

India, AS bimbang kapal China berlabuh di Sri Lanka

HAMBANTOTA, SRI LANKA, 16 OGOS – Sebuah kapal penyelidikan China hari ini berlabuh di pelabuhan Hambantota yang dikendali oleh China di Sri Lanka, meskipun...
- Advertisment -