ISTANBUL, 25 JULAI – Sekurang-kurangnya 17 migran warga Haiti termasuk seorang anak damit maut selepas bot yang dinaiki terbalik di perairan Bahamas, kata perdana menteri negara itu pada Ahad.
“Pasukan penyelamat menjumpai 17 mayat iaitu 15 perempuan, seorang lelaki, dan seorang anak damit,” kata Perdana Menteri Philip Davis dalam satu kenyataan di Twitter, lapor Agensi Anadolu. Sementara itu, 25 orang lagi berjaya diselamatkan dan ‘ditempatkan dalam pemantauan pegawai kesihatan,’ manakala operasi mencari masih diteruskan. – Bernama