Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    17 pekerja kilang mual terhidu gas nitrogen

    KUALA LUMPUR, 17 NOV – Seramai 17 pekerja kilang pemprosesan makanan sejuk beku di Subang Jaya, Selangor mengalami gejala mual akibat terhidu gas nitrogen yang bocor di premis berkenaan, pagi tadi.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 11:33 pagi dan tujuh anggota daripada

    Balai Bomba dan Penyelamat Subang digegaskan ke lokasi bagi memberi bantuan awal.

    Beliau berkata tindakan awal dilakukan dengan menutup injap paip utama saluran gas dan mengarahkan semua pekerja keluar dari lokasi itu.

    “Semua pekerja terlibat, yang dianggar berusia 30-an dilaporkan stabil namun dua daripadanya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Norazam berkata setakat ini Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) sedang melakukan pemantauan di lokasi kejadian. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...