17 pelajar timba pengetahuan operasi harian industri makanan, minuman

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai operasi harian industri makanan dan minuman, Kumpulan Syarikat Satami telah mengadakan Program Pendedahan Stor Pendidikan (ESEP) bagi 17 orang pelajar Hospitaliti Majlis Perniagaan dan Pendidikan Teknologi (BTEC) dari Sekolah Menengah Berakas, kelmarin.

Program yang diadakan di Restoran My Kopitiam dan Sugar Bun di Kompleks Membeli-belah Times Square, turut disertakan dengan lawatan ke kedai dan aktiviti praktikal.

Lawatan itu diakhiri dengan penyampaian sijil dan tanda penghargaan kepada mereka terlibat.

Pegawai Kanan Pendidikan dari Jabatan Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan, Awang Andree Asmara bin Haji Abidin dan wakil Kumpulan Syarikat Satami, Irene Sandra Liza bergambar ramai bersama para pelajar yang mengikuti ESEP. – Gambar serahan Kumpulan Syarikat Satami