Oleh Daniel Lim
BELAIT, 11 MAC – Seramai 17 orang saudara baharu lelaki dari Daerah Belait telah berjaya menamatkan Kursus Skim Bimbingan Asas bagi Saudara-saudara Baharu (Lelaki) Siri ke-101 yang berjalan selama 14 hari di Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kuala Belait.
Majlis penutup kursus berkenaan telah diadakan hari ini dan hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Dayang Zikrinaidah binti Haji Mat Dikir yang menyempurnakan penyampaian sijil kepada saudara-saudara baharu berkenaan.
Dalam ucapannya, Dayang Zikrinaidah menjelaskan bahawa kursus berkenaan merupakan projek tahunan PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang diadakan di seluruh negara untuk melengkapkan saudara-saudara baharu dengan pengetahuan yang berkaitan dengan agama Islam.
