Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 terbunuh dalam protes antikerajaan

    BUENOS AIRES, 10 JAN – Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam protes terbaharu antikerajaan di Peru, menurut pejabat ombudsman rasmi Amerika Selatan lewat Isnin.

    Agensi akhbar Jerman (DPA) memetik kenyataan pejabat itu bahawa 17 terbunuh di Juliaca, berhampiran Tasik Titicaca di selatan Peru berikutan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan.

    Seorang lagi maut dalam kemalangan di sekatan jalan raya di bandar berdekatan Chucuito, kata pejabat itu dalam kenyataan, lapor DPA.

    Beberapa hari lepas, penunjuk perasaan antikerajaan cuba menyerbu lapangan terbang di Juliaca dan bertempur hebat dengan polis. Protes itu ditujukan terhadap kerajaan Presiden Dina Boluarte yang berkuasa selepas pemecatan Pedro Castillo. – Bernama

    Seorang pegawai polis cuba untuk merampas perisai sementara daripada seorang penunjuk perasaan di Peru, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda