Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    1,711 keluarga sudah pindah dari kawasan Angkor

    SIEM REAP, KEMBOJA, 13 SEPT – Sekurang-kurangnya 1,711 daripada kira-kira 6,000 buah keluarga yang tinggal dalam struktur-struktur haram di Taman Arkeologi Angkor seluas 401 kilometer persegi, setakat ini telah secara sukarela berpindah ke tapak penempatan semula baharu, Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen berkata hari ini.

    Tapak penempatan semula tersebut terletak di kampung eko Run Ta Ek seluas 1,300 hektar di daerah Banteay Srei, kira-kira 20km di luar taman Angkor, barat laut Wilayah Siem Reap.

    Bercakap semasa melawat keluarga-keluarga yang ditempatkan semula itu, Hun Sen berkata penempatan semula tersebut bertujuan untuk melindungi keindahan taman Angkor, yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak warisan dunia sejak 1992.

    “Apabila kami mencadangkan untuk mendaftarkan Angkor sebagai tapak warisan dunia, kami menerima semua terma dan syarat yang dikehendaki UNESCO, jadi kita perlu mematuhinya, atau Angkor Wat akan dikeluarkan daripada senarai warisan dunia kerana kehilangan kelayakannya,” ujar beliau.

    Hun Sen berkata, setiap keluarga yang ditempatkan semula menerima sebidang tanah berukuran 20 meter lebar dan 30 meter panjang, serta sejumlah wang tunai dan kad pengenalan miskin, yang membolehkan pemegang kad mendapat akses percuma kepada penjagaan kesihatan.

    Perdana menteri itu juga berjanji untuk membina infrastruktur seperti jalan-jalan raya, elektrik, air bersih, pasar, sekolah dan pusat-pusat kesihatan di tapak penempatan semula itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...