BEIRUT, 3 OKT – Sekurang-kurangnya 173 orang awam termasuk 41 kanak-kanak maut di Syria akibat periuk api dan sisa-sisa bahan letupan perang sejak awal tahun ini, kata pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).
Difahamkan puak-puak berperang menanam periuk api di bandar dan luar bandar sejak konflik perang yang bermula 2011.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, di seluruh negara, lebih 10 juta orang tinggal di kawasan yang terdedah dengan bahan letupan.
Katanya, sekurang-kurangnya 40 mangsa maut ketika menggali sejenis kulat ‘Truffles’ berhampiran periuk api.
“Setiap hari, orang awam maut atau cacat akibat periuk api dan peluru yang tidak meletup,” kata Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).
“Dianggarkan dua daripada tiga mangsa masih hidup daripada insiden terbabit di Syria mengalami kecacatan kekal sepanjang hayat,” katanya di akaun Twitter. – AFP


































