Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    173 pelajar cemerlang terima sijil

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Seramai 173 orang murid Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri (SU PAP)Amal Umi Kalthum Al-Islam termasuk dua orang murid berkeperluan khas telah menerima Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) 2020 dan 2021 pada majlis yang berlangsung di dewan serba guna sekolah tersebut, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu khas dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil ialah Pegawai Pengajian Islam Daerah, Kawasan Brunei IV, Jabatan Pengajian Islam, Hajah Mu’izzah @ Marleni binti Kefli.

    Para penerima sijil terdiri daripada 26 orang murid sesi pagi dan 58 orang murid sesi petang bagi tahun 2020, manakala bagi tahun 2021 pula terdiri daripada 25 orang murid sesi pagi dan 62 orang murid sesi petang.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Selawat Sayyidul Istighfar sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SU PAP Amal Umi Kalthum Al-Islam, Hajah Kasum binti Haji Maidin, selaku pengerusi majlis dan seterusnya ucapan daripada tetamu kehormat majlis.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada semua murid termasuk penyampaian hadiah pelajar cemerlang yang mendapat lima agregat, hadiah pelajar cemerlang keseluruhan, hadiah pelajar terbaik kokurikulum dan penyampaian cenderamata penghargaan bagi guru-guru darjah 6.

    Turut menyerikan majlis berkenaan ialah persembahan tausyeh daripada murid-murid darjah 6 sesi petang dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Hajah Mu’izzah @ Marieni bergambar ramai bersama para pelajar yang diraikan pada majlis tersebut. – Gambar serahan SU PAP Amal Umi Kalthum Al-Islam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...