1,745 kes baharu direkodkan di Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 MAC – Kes baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini meningkat sedikit kepada 1,745 kes berbanding 1,555 semalam, dengan tujuh lagi kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 1,743 kes merupakan penularan tempatan manakala dua kes import menjadikan jumlah kumulatif kini menjangkau 305,880 kes.

Beliau berkata kes sembuh yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas pula ialah sebanyak 2,276   menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 280,707.

“Sebanyak tujuh kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif adalah 1,148 kes manakala 195 kes pula dirawat di

Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 95 memerlukan bantuan alat pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi iaitu 640 diikuti Johor (376) dan Sarawak dengan 139 kes. – Bernama