175 hadiri jerayawara TAP
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 DIS – Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Unit Penguatkuasaan TAP, hari ini, telah meneruskan lagi jerayawara kepada majikan-majikan yang baharu berdaftar yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, di sini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan TAP, seramai 175 majikan telah menghadiri jerayawara selama dua hari berkenaan. Kenyataan






























