1,765 mangsa banjir dipindahkan

KOTA KINABALU, 12 JAN – Seramai 1,765 penduduk daripada 567 keluarga di empat daerah di Sabah kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir akibat hujan lebat berterusan sejak Ahad lepas.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan setakat 4 petang ini, seramai 976 mangsa daripada 300 keluarga di Kudat berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Dato Hj Mustapha, SK Sikuati dan Rumah Rehat Lama Karakit dibuka sejak semalam.

Bilangan mangsa di PPS SK Tun Dato Hj Mustapha dan Rumah Rehat Lama Karakit kekal 90 orang. – Bernama