177 pelajar Maktab Sains dirai

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Seramai 177 orang pelajar yang telah menamatkan pengajian Pra Universiti 2 sesi 2013-2018, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan telah diraikan pada majlis penyampaian sijil yang diadakan di dewan auditorium maktab berkenaan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Bahagian Aset Alternatif, Hajah Ros Ramona binti POKPS DP Haji Abdul Rahman, selaku ketua bahagian sumber tenaga manusia.

Acara berkenaan diadakan bagi menghargai sumbangan dan penglibatan para pelajar dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum sepanjang meneruskan pengajian di maktab berkenaan, selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan para pelajar, guru dan ibu bapa termasuklah penjaga mereka.

Menurut Hajah Ros Ramona, beliau menasihatkan para pelajar untuk sentiasa terus berusaha lebih gigih dalam menghadapi alam pendidikan yang serba mencabar ini.

Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan bacaan doa, disusuli dengan majlis penyampaian sijil yang disempurnakan oleh tetamu kehormat. Majlis turut dihadiri oleh para ibu bapa dan penjaga pelajar.

Hajah Ros Ramona ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.